Thursday, 31 October 2013

PROMOSI OKTOBER 2013



Nak Beli 1?
RM298

Nak Beli 6?
~ PERCUMA 1 kotak Collagen
~ PERCUMA 1 botol CoQ Health Plus
~ PERCUMA Keahlian Shaklee
~ PERCUMA Kos Pengeposan
~ Layak menerima BONUS pada 15 November!


Untuk PERTANYAAN, PESANAN & PENJIMATAN BERGANDA :



Hanni Kamilla Hanafi
♥ SMS/WhatsApp: 013-5818283
♥ Fb: Hanni Kamilla Hanafi / My Bestfriend Shop sila klik LIKE utk info terkini



Hanni

Sunday, 20 October 2013

Rumah korang bersepah tak?


Assalamualaikum..

Petang Ahad yang nyaman.. Cuaca pun redup je.. Semalam pun hujan sampai malam. Heaven je bumi Kulim sehari dua ni.. Korang buat apa hujung minggu ni..? Mesti syok kan..?

Aktiviti hujung minggu MD..

Sabtu, plan nak bangun lambat sikit.. Sementara ada can nak golek-golek lama sebelum anak-anak bangun. Tapi kepala dok pk kain baju, kerja opis n bla bla bla... Bangkit jugak la MD ni.. Setel jalankan kain dalam mesin, kemas rumah serba sikit kemudian bukak laptop untuk siapkan kerja pejabat..

Tapi sat ja.. Baru nak aman buat keje, tak sampai 10 minit bangun la dayang-dayang MD.. Ape lagi, sorang panjat duduk atas meja, sorang bdiri atas kerusi. Tujuan yang sama ---> jahanam kan netbook ibu. T.T

Malam dinner di KFC Tesco Kulim. Dah alang-alang beli barang kat situ kan.. Tapi sedihnya, balik tu Nasywa muntah selambak-lambak. habis apa di makan tadi. Suhu badan dia panas tetiba..
Hanni

Tuesday, 15 October 2013

Cerita Orang Tak Balik Beraya

Assalamualaikum..

Pagi ni bangun awal sungguh. Rasa sedih tak dapat balik Ipoh tak habis-habis lagi dari semalam. Gosok baju budak-budak ni jap, patu tunggu CM balik kerja dan terus mulakan perjalanan balik ke Selama. Diiringi hujan lebat... Sob sob sob.. (gedik!) Alhamdulillah kampung CM dekat je, 40 minit je dah sampai..

Sampai masa orang tengah baca khutbah. Masuk rumah nampak si comel Tasnim (anak kak Na). Terus dukung. Tak ingat dah anak sendiri yang jeles tarik-tarik baju ibu.. Hahaha...

CM lak dah siap kemas sarang dia nak megholoh kata orang Perak..

Di Selama ada K. Ya satu family dan K. Na satu family. Itu je yang balik termasuk kami sebab yang lain semua dah beraya di Selama masa Raya Puasa hari tu.

Mak buat rendang tok, rendang ayam, lemang, ketupat dengan nasi impit. Oleh sebab masakan mak super sedap, maka MD dengan x malu dan x bersalahnya 10x ulang dok meja makan sambil makan nasi impit dan rendang tok.. haha...

Pukul 10 lebih mak kalut-kalut bersiap nak ke rumah Mak Teh Pah sebab rumah depa ada buat korban. Mak ingat kan raya kedua baru nak buat tapi tetiba dapat call buat raya pertama, memang kelam kabut la dia bersiap takut Mak Teh Pah marah. Mak Teh Pah adalah kakak arwah ayah.

Last-last semua pegi tinggal MD sorang-sorang tunggu Zahra tido. Si Nasywa dah di bawak oleh sepupu-sepupunya ke rumah Mak Teh Pah. MD memang x risau sangat Nasywa tu sebab dia memng sangat independent.. Cuma risau dia terlampau lasak sampai jatuh or luka ke.. Nasywa lasak orang nya. Mungkin terbawa-bawa masa MD mengandung dulu gi rentas bukit belakang ISM, gi jungle tracking kat mane tah area Selangor, berjauhan dari CM (kami PJJ sehinggalah melahirkan Nasywa baru dapat tukar). Berbeza dengan Zahra yang agak manja & sensitif. Masa mengandung Zahra, saya cepat sensitif, mudah tersinggung & merajuk.. Lagi-lagi dengan CM.. Haha...

Pukul 1 mak balik sebab pening, x makan lagi ubat darah tinggi.. So dia makan, siap-siap semayang & pi balik rumah Mak Teh Pah sama-sama.. Tsunami makanan lagi.. Banyak nye la lauk pauk yang ada.. Ohoooiiii.. Heaven sungguh.. Memang makan tanpa rasa bersalah lagiiiii....

Pukul 6 ptg, bersiap-siap pulak la balik ke Kulim, Sampai maghrib. Zahra dah tunjuk tand-tanda x sihat. Meragam je..

8 lebih CM gi keje, Zahra dok ragam-ragam.. Kahak banyak. Sekali muntah brlambak-lambak atas baju sampai ke lantai.. =.='

Pukul 9 lebih dah siap bersih muntah, bancuh susu n etc, bawak budak2 ni tidur. Mak macam biasa tidor jugak.

Pukul 11 bangun sebab teringat x minum collagen, n amik Vit E, GLA Complex dan Ostematrix. Terus mengarang entry ini..

** Tapi kenapa di post esok nya ye? **


Hanni

Monday, 14 October 2013

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum..

Dah lama rasa nya MD x update blog.. Lately ni sangat-sangat sibuk. Fail di pejabat tak habis-habis (memang tak akan habis).. Balik rumah anak-anak menuntut perhatian. Sangat letih.

Hari ni ofis sangat lah sunyi. Ada berapa kerat je yang datang.. Yang lain dah selamat sambut raya agaknya. =D MD tahun ni tak balik raya di Ipoh. Sepatutnya turn beraya di Ipoh.


Nak cerita apa pun tak tahu.. Sedih tak tahu nak kata sebab tak boleh balik kampung.. Ececeh.. Padahal bukan ada siapa pun Raya Haji kat Ipoh.. Rumah Ipoh tu kalau raya haji selalu nya tak ada siapa sebab papa sembelih lembu. Kalau ikut tahun lepas-lepas tu kalau anak menantu lelaki ada semuanya kena kerah pi lapah lembu sama ada 1st or 2nd raya tu.. Tahun ni Ahmad Salman sorang je..

Raya kedua lak mama nak ke Guilin, China. Dia sejak pencen ni memang keje bjalan saje pegi merata-rata. Double sedih sebab tak boleh nak hantar.. huk huk huk..

Kenapa raya haji jatuh hari Selasa? And kenapa Penang cuti raya haji sehari jeee? Kenapa? Kenapa?
Hanni