Monday, 1 April 2013

Pencuri Motor!

Assalamualaikum..

Ini cerita malam tadi..

Hati saya x tau lah kenapa rasa x sedap start sampai rumah pukul 8 lebih tu.. Tapi hati dok menafikan. Berasa macam x syok je CM nak p ot malam tu.. Nak kata x yah pegi, satgi kang rasa mengada2 sangat kot.. Patu berasa cm nak suruh CM bawak masuk motor.. Tapi x terluah di mulut. CM lak turunkan kami kemudian terus pegi kerja.. Mungkin nak ligan masuk pukul 9..

Dalam pukul 11 lebih, saya x tidur lagi.. Tengah godek2 henpon.. Sambil2 mengulit kakak tidur..Adik dah lama lena.. Tiba-tiba... Terdengar macam bunyi mencurigakan.. Terus bangun, intai dari tingkap..

Nampak 2 orang laki, kurus kering, kulit gelap, sorang berbaju hijau muda, sorang berbaju biru.. Yang baju hijau sebelah dalam (dekat dengan tingkap) tengah dok godek dekat2 handle motor CM. Yang baju biru, dok usha line.. Anjing sebelah? Haram menyalak!!

Saya dah gigil2. Panik. Badan seram sejuk x tau nak buat apa.. Bangun terus berjalan nak tuju ke pintu dan spontan ketuk pintu dengan kuat. Saya dengar depa lari, saya intai ikut tingkap, laju je tuju jalan besar tinggalkan pintu pagar ternganga luas. Saya dengar kereta hon panjang..(kena langgar lagi bagus!) Badan saya menggigil2. Kaki rasa lembik, cepat2 cari tempat berpaut. X tau nak buat apa lepas tu. Blank.. Baru teringat nak call CM dalam kilang panggil dia balik rumah. itu pun boleh blank x ingat save no kilang dengan nama apa.. X ingat no IPD Kulim.. X ingat nak call kawan2 CM yang tinggal berdekatan utk mai mintak tolong.. X ingat pape langsung...

5 minit macam tu, bila hati dah tenang, saya beranikan diri bukak pintu. Kebetulan tuan rumah bujang sebelah datang. Saya tunggu hampir 5 minit sebelum berani kan diri keluar untuk tutup pagar sementara tuan rumah sebelah tu masih ada.. Mata meliar tengok kiri kanan. Saya x tau mana datangnya kekuatan nak keluar, tutup pagar, masuk balik dan tunggu CM balik depan pintu, sedangkan dalam hati tu takut yang amat sangat.. Kalau penyangak tu balik semula macam mana? Anak2 lagi.. Sungguh saya takut.

Kurang dari 10 minit CM balik. Saya x tau berapa laju dia bawak sebab cepat gila dah sampai rumah. Dia balik dan tengok keliling, relax bawak turun besi kunci stereng lock sebagai safety.. Wahh! Time tu rasa cam beraninya laki sapa ni? =p CM kemudian nya check la apa kerosakan kat motornya..

Baru tengah nak umpil mangga ni..

Starter ni dah jahanam d umpil.
Dalam pada tu CM membebel2 kat saya, lain kali jangan dok sergah. Jangan dok wat berani. Awak tu tinggal dengan anak2 je bertiga abang x dak, lenkali dok diam2 dalam umah, tangkap gambaq pencurik tu n bla bla bla.. Rasa cam nak nangis bila kena marah.. Tapi kemudian, luruh jugak air mata bila dia kata x risau motor hilang, jangan jadi pape kat anak2 dan isteri ja... Saat tu rasa cam bertuah nya saya bersuamikan dia.. Kah3.. poyo giler! Adik2, sila jangan contohi poyo kakak dara ya..

Alhamdulillah, saya dan anak2 selamat dan sejahtera.. Yang kakak pun mungkin dah lali jadi x terkesan dengan kekalutan saya.. Kalau x selalunya dia akan menangis bila saya kalut2 walaupun hanya ke dapur untuk tutup air je..

Moral dari kisah saya ni..
  • Penduduk Taman ni memang kena usulkan wat Rukun Tetangga lah. Bahaya sungguh! Mungkin rumah belah bawah x dak kemungkinan pencurik nak wat khianat gini sebab jiran rapat2.. Tapi deret rumah saya; semi-d, menghadap jalan besar dan terlindung oleh pokok2 tepi jalan, jiran kiri bina tembok besar China, jiran kanan lak budak pompuan bujang yang kompius kehidupannya, Maka sangat perlu RT nih..
  • Simpan no fon IPD or Balai Polis yang terdekat dengan rumah.
  • Simpan no2 penting yang senang dihubungi jika berlaku kecemasan. Time ni saya rasa penting nak simpan no fon kawan2 rapat suami saya.
  • Tangkap gambaq pencuri tersebut!

Saya difahamkan oleh suami saya, dia dah buat report polis. Dan polis janji nak mai umah untuk tangkap gambaq n tengok motor nya.. Tapi sehingga entry ini di tulis (5.30pm) usah kan polis, kereta peronda pon x de lalu.. Haish.... Positif.. Positif.. Orang ramai kot... Grrr...

Lepas dari kejadian malam tadi, saya terus cakap pada CM untuk cari rumah sewa lain. X pk nak duduk rumah sendiri lagi sebab jauh saya nak berulang ke tempat kerja. CM pun dah suruh saya apply surat tukar ke Kulim.. Dia pun kesian tengok saya berulang jauh sangat.. Hmm... Akan di usahakan... Harap kejadian ni x berlaku lagi.. Mula2 seluar jeans..ni motor lak... haih....

Hanni

2 comments:

  1. suspen nya baca citer hanni.. adoii kalau akak pun rasa blur x tau nak wat pa jugaklaa.. nasib baik tak der jadi apa2 kat hanni n anak-anak..

    ReplyDelete
  2. Tu la kak.. Alhamdulillah x jadi pape kak.. Kalu x tu x tau la.. Dok pujuk mat p carik rumah sewa lain.. seriau nak dok situ..

    ReplyDelete