Cun sungguh kulit model ni.. |
Assalamualaikum..
Entry kali ni Mak Dara nak cerita pasal kulit cantik.. Wohoo.. Sape x mau kan. Lagi2 orang pompuan(saya la tu). Obses dengan kulit cantik, almaklum lah dah masuk 30 tahun kan.. Tapi pemalas amat nak pakai make-up. Kalau keluar tu memadai dengan pakai bedak baby Johnson dan lip balm. Cukup lah.. Dulu rajin beli make-up. Nak touch up mana2 part kulit yang x sekata, tapi sekarang barang make-up dah sedekah kat orang.. Bio le orang lain dapat manfaatnya.. Sejak kenal Shaklee ni memang life berubah 360.. Eh.. Dah melalut lak.. Ok, Balik pada tujuan asal.
Kalau anda jenis yang mementingkan kecantikan kulit dengan menggunakan krim-krim ataupun produk kecantikan kulit dari segi luaran sahaja, anda silap! Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit makanan di dapur sama pentingnya dengan krim rawatan kulit yang anda gunakan. Menurut dermatologi dari Miami Leslie Baumann, MD, yang diambil dari prevention.com, nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, semestinya anda perlu tahu apa makanan sihat untuk kulit. Jom kita tengok antara 5 makanan yang boleh membantu mencantikkan & menggebukan kulit seperti yang anda impikan….:-)
1. Salad
Sedap! |
Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
2. Tomato
Fevret Mak Dara gak ni.. |
Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.
3. Strawberi
Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.
4. Epal
Sedap kan epal ni. |
Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.
5. Soya
Soya pun sedap |
Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30- an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isoflavon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe..
Namun begitu, saya amat menitikberatkan dalam pengambilan soya..Saya hanya memilih sumber kacang soya yang berkualiti dan sumber soya yang diproses dengan betul…Saya tidak mengamalkan susu soya yang berada si pasaran yang mengandungi banyak bahan pengawet dan kandungan gula yang tinggi..atupun air-air soya di pasar malam yang secara terang-terangan yang saya tahu cara penyediaannya yang menggunakan suhu yang panas, merosakkan khasiat soya itu sendiri…Sebaliknya, saya lebih gemar memilih sumber soya yang saya yakin dengan kualiti dan cara pemprosesannya..Dah tentulah Energizing Soy Protein….Soya yang digemari ramai…sebab tu ESP ni jadi hot seller untuk produk Shaklee….:-)
Hot Selling Item you... |
Hanni Kamilla Hanafi
<3 br="" distributor="" independent="" shaklee=""><3 013-5818283="" :="" br="" contact="" no="" whatsapp=""><3 :="" br="" facebook="" hanafi="" hanni="" kamilla=""><3 :="" br="" emel="" hanni.kamilla="" yahoo.com=""><3 :="" br="" laman="" web="" www.hanihanafi.blogspot.com="">3>3>3>3>3>
No comments:
Post a Comment