Sabtu lepas, 20 April 2013 saya berpeluang mengikuti Bengkel Nutrisi Shaklee. Dulu Master Cery ada buat kelas/bengkel di Puncak Mutiara, Kg Pelet tapi saya x berkesempatan nak join sebab terlewat.. Frust yang amat sangat.. So Bengkel yang ini saya tak mahu terlepas peluang lagi untuk menimba ilmu.
Event ni bertempat di Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya. Tempat adalah sangat terhad. Yang mai pada hari kejadian tu sangat ramai.. Dalam 100++.. Saya bangun awal gila untuk bersiap sampai CM perli saya.. hahaha.. Semangat!! Nak pulak hari kejadian tu penamaan calon. Jalan tutup sana-sini, but Alhamdulillah saya antara orang yang terawal yang sampai.. Hehehe.. Ramai juga muka-muka yang saya baru jumpa, yang selama ini saya tengok dari jauh-hanya dalam FB tapi kini depan mata. Biar pun mereka belum lagi bergelar Master tapi mereka leader yang hebat. Terserlah auranya.. Cuma agak sedih sebab idola x dapat mai..
Mula-mula talk tu ada seorang Master Cina x ingat nama apa tah, share something yang buat aku teruja sangat2.. Income Master yang limitless! Income Master Norita, Master Cery dan lain-lain lagi.. 6 angka beb! Sangat teruja.. Kita dengar 100k++ pun dah teruja, ni almost 300k++?!!! Terus saya SMS CM cakap - cepat ke lambat saya tetap nak jadi one of the leader dengan income 6 angka seperti itu.. Alhamdulillah CM support impian saya.. Mungkin angan-angan mat jenin sekarang ni tapi akan datang jadi realiti.. Oh ya, depan saya ada sorang amoi cina rambut panjang.. Pakaian pun cam budak2 baru lepas sekolah je. Rupanya Master ok. Sangat lah muda.. Fuhh.. Tercabar acik!
Nutritionist Shaklee-Celine |
Nutritionist Shaklee juga - Sarah |
Oh ya, jangan ingat kami hanya diajar bagaimana nak JUAL produk sebaliknya kami diajar untuk SHARE kebaikan-kebaikan produk Shaklee. Kenapa Shaklee ni special berbanding dari produk lain yang banyak terdapat di pasaran. Sebab tu lah after sales service tu penting. Supaya sekiranya berlaku apa-apa hal, kita boleh berikan solution yang terbaik kepada pengguna.
Haa.. Cuba cari mana saya..? Makcik yang tekun dengar talk yang diberi.. Tapi seriously memang best sebab x mengantuk langsung.. Saya ni spesis cepat mengantuk kalau dengar ceramah2 ni.. Hehehe..
Satu lagi saya rasa sangat teruja sebab ada ibu2 dan ayah2 hebat mai bawak anak sama menimba ilmu.. Teringat kat anak2 dara saya yang ditinggalkan kat rumah pengasuh. Yang saya nampak kat sini, sangat berbeza dari biz lain. X de perjumpaan larut malam. X de head hunting. X de ketepikan pasangan dan anak2. Coaching berterusan melalui online, Whatsapp, Group, SMS dan sebagainya. 24-7 boleh coaching anak2 dan dan adik-beradik.. Tengah2 malam pun boleh 'ketuk' pintu mak/nenek mintak tunjuk ajar. Tanpa perlu keluar rumah pun..
Di akhir event, kami diberikan sijil. Bukan hanya sijil biasa. Ianya menandakan kami adalah SID yang berkualiti dan berilmu.. Bukan sekadar menjual sahaja.. Bak kata Nutritionist Shaklee, yang dah join bengkel ni dah 30% Nutritionist dah.. Separa Nutritionist gitu.. Haa.. Best kan..? Jadi jangan ragu-ragu membeli dari saya ya.. InsyaAllah servis yang terbaik untuk anda.. =)
InsyaAllah kalau ada bengkel lagi saya memang x akan lepaskan peluang nak pegi.
No comments:
Post a Comment