Tuesday, 28 July 2015

BlogMD : Tempat Baru, Semangat Baru !~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..

Setelah hampir 5 hari bekerja di pejabat baru, hari ni baru MD boleh nak pegang pc. Hihi.. Nak kabo sibuk sangat konon nya pada hal nyaaaaa...... hahaha...

MD start naik kerja hari Rabu selepas cuti raya hari tu. Berdebar rasa hati. Tapi tak ramai pun yang ada di pejabat masa tu. Masih mood hari raya, orang tak habis bercuti lagi kut gamaknya. Hihi..


Meja yang diberikan masih kosong. Tak ada komputer pun. So, first day MD melengung.. Gila bosan. Apa nak buat pun tak tahu. Paling habis, pusing singgah kubikel kawan-kawan menyembang. Tapi masing-masing tengah sibuk nak ligan fail ulangkaji. Maklum lah nak jana bayaran untuk Ogos pulak kan..

Tengok pulak kawan hias meja dengan pokok keladi air dalam pasu. Fuhh.. Gugat iman kot. Dah la dari dulu berasa nak bela ikan boh kat meja. Tapi space kecik, so terkubur gitu je hasratnya.

Balik kerja, terus pi singgah kedai akuarium dekat Kilang Lama, Kulim untuk beli balang, ikan guppy, batu dan makanan ikan. Nampak tak berkobar-kobarnya di situ.. Haha..

Sampai rumah anak-anak excited tengok ikan. Diorang ni ingat ibu nak bela ikan la kut kan. Kome tak tahu bapak kome berleter macam mana nanti. Haa.. bior ibu bela kat pejabat je lah..

Esok, Khamis, after bacaan Yasin, MD pun start projek mini aquarium.. Wohoo.. Memang syiok oii..


Tenang je rasa hati. Jadi ralit tengok pokok yang menghijau melambai-lambai (bayangkan je la), ikan berenang-renang gembira.. Ecewahh..

Lepas short meeting (sesudah bacaan yasin), Bos beritahu, ada rombakan sikit. MD tak pegang unit Productive Welfare seperti yang diberitahu sebelum ni. Bermula bulan 8, akan pegang unit OKU pulak. Dah la tu, turut kena buat skim EPC (Elaun Pekerja Cacat) jugak.

Wohoooo!! Speechless woi!

Unit OKU sibuk kot. Dah la fail skim tu beratus-ratus. Rasa nak demam je.. Hahaha...

Tapi, fikir-fikir, tak pe lah.. Sahut cabaran baru ni.. Rasa tak boleh, kita bagitau bos macam mana..

Benda boleh adjust.. ye dokk?

MD ingatkan dah boleh syok-syok hias meja dah. Tapi rupanya belum. Sebab kena tunggu budak unit OKU tu kemas barang dia dulu. Jadi tak boleh belanja gambar workstation yang terkini. Tunggu minggu depan naa...

By the way, Emas tengah murah kome. Jangan tunggu lame-lame. MD juai RM155/g. Untuk update terkini design emas yang MD jual, jemput Like Page Emas 916 Murah.

Banyak lagi nak update.. Pasal tadika Nasywa yang baru. Pasal Zahra. Pasal Akram. Sabaq sat.. MD atoq satu-satu nak cerita kat korang.. Tunggu tau..
MD

Thursday, 23 July 2015

Hadiah Paling Mahal!

Assalamualaikum..


Lama MD tak bersiaran update entry.. agak kelam kabut dengan kerja dan raya.. Anyway, dalam entry ni, MD nak kongsi hadiah harijadi paling mahal pernah MD terima sepanjang 32 tahun hidup di muka bumi ni..
Pagi Jumaat 3 Julai 2015, lazim nya pejabat memang akan buat bacaan Yasin. Tak tahu lah kenapa pagi tu MD masuk untuk bacaan Yasin tu sebab 3-4 minggu sebelumnya, MD tak join sebab merajuk dan berkecil hati dengan seseorang..

Usai bacaan Yasin, diorang sambung dengan meeting. Tiba-tiba ada orang panggil keluar dari bilik mesyuarat. MD ni ingatkan klien la kot yang datang..

Keluar je dari bilik meeting nampak kaunselor pegang kertas yang baru keluar dari mesin fax. Nampak sahaja MD, dia cepat ucapkan TAHNIAH! Eh kenapa pulak?

Allahuakbar!! Berderai air mata. Memang sungguh rezeki. Rezeki hari Jumaat. Rezeki Ramadhan yang mulia. Rezeki suami. Rezeki anak-anak. Dan hadiah hari jadi untuk diri sendiri! Allahuakbar!! MasyaAllah!!
Tak tergambar perasaan tu macam mana. Rasa magic. Rasa hampir putus asa, rasa semangat yang makin menghilang, rasa mustahil akan dapat semua bercampur baur.. Tiba-tiba dapat perkhabaran magic. 

Allahuakbar!

Pada hal, awal bulan 6 sebelum puasa MD call Putrajaya bahagian pertukaran, kerani incaj dengan nada marah, seperti mengherdik bila MD tanya mesyuarat pertukaran seterusnya bila..

Benda pertama, terus Whatsapp CM. Menangis.

Kemudian call mama bagitahu.. call mak mertua pulak bagitahu.. Berkat doa mak mertua di Mekah hari tu agak nya.. Mak pun kata tiap kali lepas solat dia doa MD dapat tukar dekat dengan rumah.. Nangisss...
Saat entry ni MD tulis, pun masih bergenang air mata. Sedih dan gembira.. Tak tahu nak gambar kan..
Allahu.. Terima kasih Allah.. T.T