Thursday, 19 April 2018

DiaryCikAnie ~ Sabar Lah Duhai Hati

Bismillah..

Assalamualaikum..

Salam Jumaat korangs. Lama Cik Anie tak menulis. Kesibukan dengan kerja hakiki. Balik rumah pula, semua menuntut perhatian dari ibu. Hampir tiada masa untuk diri sendiri.

Banyak benda yang jadi dalam kehidupan Cik Anie sejak akhir² ni. Samada pada diri sendiri mahu pun pada orang² terdekat dengan Cik Anie. Mungkin apa yang terjadi tu, terjadi pada waktu yang salah (perubahan hormon dalam diri) maka ianya sangat² terkesan pada diri Cik Anie.

Jadi orang perempuan ni, jangan terlampau bergantung pada orang lain. Belajar berdikari. Sebab bila terlampau bergantung, kamu jadi tak tahu untuk bangkit semula bila jatuh. Tak tahu nak cari kekuatan diri. Tak tahu bagaimana urus emosi.

Berbunyi seperti ego? Mungkin. Supaya jangan sewenang² diri tu di perkotak katikkan. Supaya diri awak kuat bila mana orang ambil kesempatan menuduh dan sebagainya.

Hati kita, Allah saja yang tahu. Tak perlu nak jerit bagitahu bila tiada yang mahu mendengar. Simpan saja semua rasa pada diri sendiri.

Diam. Diam saja. Diam bukan bererti lemah. Diam mungkin untuk mengelak lebih banyak sengketa. Diam mungkin untuk menjaga hati sendiri juga. Diam sebab sayang. Tapi kalau ada yang salah erti bila awak berdiam, abaikan saja. Dia belum cukup mengenali kamu.

Cari income sendiri. Cari duit sendiri. Sebab bila awak tak ada apa, di mata mereka juga awak bukan sesiapa.

Jangan jatuh lama². Bangun. Cari kekuatan diri. Pedulikan pada yang tidak menghargai. Jaga diri sendiri. Jaga hati sendiri.

InsyaAllah, bahagia tu akan datang juga nanti.

Sabar lah duhai hati..
MD

No comments:

Post a Comment