Wednesday, 11 November 2015

Kenapa MD Jatuh Cinta Dengan Make Up Remover Ini?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Malam ni lapang sikit. Si kecik lena kekenyangan menyusu susu ibu. Si Angah pulak macam biasa mengendeng-ngendeng himpit ibu. Lazimnya begitu lah.. Di mana ibu ada, di situ dua orang ni ada.. Kakak pulak dengan ayah.

MD sebenarnya nak kongsi rasa teruja.. Teruja menggunakan Make Up Remover ini. No wonder lah make up remover ini produk hot, selalu sold out!



MD bukan lah orang yang rajin mahu bermekap sebenarnya. Asal dan sahaja orang kata. Tapi, semenjak dua ni (angin perubahan tempat agaknya) MD syok pulak nak melaram. Alahhhh.. Bukan beria pun, calit CC Cream keluaran Farmasi, bedak compact Maybelline, Eyeliner, dan lipstick. Siap. Dari pagi sampai ke petang. Tak de la nak touch up lain..

Kalau dulu, eyeliner adalah benda yang MD suka pakai tapi menyampah bila nak cuci. Guna pencuci muka sahaja tak cukup okeh. Boleh sampai bersememeh hitam keliling mata.. Kalau guna baby oil, sampai rasa macam nak melecet je jenuh tenyeh tau..

Tapi, guna make up remover ni, umpama macam cuci muka. Usap-usap biasa sahaja tapi tanggal segala mekap! Wahh! Teruja sangat.. Eyeliner pun bukan lagi satu masalah untuk nak cuci sebab sekali sapu je memang tanggal semua! Dan tak tinggal kan kesan bersememeh tau kat keliling mata.

Teruka tak? Teruja kan!

Tu kalau cuci basah. Kalau nak tenyeh kering, ala-ala scrub gitu. Memang tanggal daki, kulit mati, sisa mekap, blackhead, whitehead, segala macam head semua boleh keluar tau. Terutama tang hidung tu. Tak de dah rasa tajam-tajam. Macam MD, kat bawah bibir. Macam mencucuk je gitu. Tonyoh ala scrub dengan make up remover.

Confirm lepas tu kulit jadi licin, lembut aje. Jadi syok nak sentuh. Pagi-pagi bangun, pun tak berminyak kulit muka sebab benda ni alah ni tau..

Jangan tunggu.. Hasil kebaboom bila guna bersama Pencuci Muka Nutriwhite. Sangat best!

MD

No comments:

Post a Comment