Assalamualaikum..
Lama MD tak bersiaran update entry.. agak kelam kabut dengan kerja dan raya.. Anyway, dalam entry ni, MD nak kongsi hadiah harijadi paling mahal pernah MD terima sepanjang 32 tahun hidup di muka bumi ni..
Pagi Jumaat 3 Julai 2015, lazim nya pejabat memang akan buat bacaan Yasin. Tak tahu lah kenapa pagi tu MD masuk untuk bacaan Yasin tu sebab 3-4 minggu sebelumnya, MD tak join sebab merajuk dan berkecil hati dengan seseorang..
Usai bacaan Yasin, diorang sambung dengan meeting. Tiba-tiba ada orang panggil keluar dari bilik mesyuarat. MD ni ingatkan klien la kot yang datang..
Keluar je dari bilik meeting nampak kaunselor pegang kertas yang baru keluar dari mesin fax. Nampak sahaja MD, dia cepat ucapkan TAHNIAH! Eh kenapa pulak?
Allahuakbar!! Berderai air mata. Memang sungguh rezeki. Rezeki hari Jumaat. Rezeki Ramadhan yang mulia. Rezeki suami. Rezeki anak-anak. Dan hadiah hari jadi untuk diri sendiri! Allahuakbar!! MasyaAllah!!
Tak tergambar perasaan tu macam mana. Rasa magic. Rasa hampir putus asa, rasa semangat yang makin menghilang, rasa mustahil akan dapat semua bercampur baur.. Tiba-tiba dapat perkhabaran magic.
Allahuakbar!
Pada hal, awal bulan 6 sebelum puasa MD call Putrajaya bahagian pertukaran, kerani incaj dengan nada marah, seperti mengherdik bila MD tanya mesyuarat pertukaran seterusnya bila..
Benda pertama, terus Whatsapp CM. Menangis.
Kemudian call mama bagitahu.. call mak mertua pulak bagitahu.. Berkat doa mak mertua di Mekah hari tu agak nya.. Mak pun kata tiap kali lepas solat dia doa MD dapat tukar dekat dengan rumah.. Nangisss...
Saat entry ni MD tulis, pun masih bergenang air mata. Sedih dan gembira.. Tak tahu nak gambar kan..
Allahu.. Terima kasih Allah.. T.T
No comments:
Post a Comment