Pages

Monday, 4 May 2015

Tips Kekal Cantik Di Usia 30an

Assalamualaikum..

Perempuan ni x boleh lari dengan bab kecantikan..kan? Nak-nak pulak macam MD ni dah nak menginjak usia 32 tahun bulan depan.. Ye, umur bukan rahsia..hehe.. Ni MD share tips kecantikan wanita yang dah nak menginjak 30an..  





Untung-untung sok bile umur 60 masih cantik jelita lagi.. Harus lepas ni MD amalkan sungguh-sungguh kesemua tips kecantikan wanita nih..


a) Kawal pemakanan

Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.


b) Guna pelembap yang sesuai.

Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.


c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari.

Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari dalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.


d) Sentiasa bersenam.

Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.


e) Minum banyak air.

Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dengan  meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.


f) Makanan tambahan

Pengambilan makanan kesihatan atau vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30an. Kesibukkan denga tugas pejabat dan di rumah menyebabkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang.


g) Elakkan bermekap tebal.

Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.


h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang.

Wanita 30-an dan 40-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

Nak lagi best, sila lah amalkan set kecantikan Shaklee macam MD..


Memang confirm cantik berseri tak perlu nak mke up bagai..

Tak percaya? Meh tengok testimoni..








Whatsapp MD ya.. 013.581.82.83.. Kita sembangsembang.. =)

Semoga awet muda, ladies! 

No comments:

Post a Comment