Friday, 27 March 2015

Bila Mak Mengantuk, Mula Nak Jadi Singa Jadian!

Assalamualaikum..

Semalam MD sangat mengantuk. Mengantuk yang tak tau nak explain macam mana.. Dari lepas lunch, tersengguk-sengguk rasa buat kerja. Usai zohor, lelap mata sekejap, ponnnnn masih lagi mengantuk.. Mula rasa nak jadi singa jadian!


p/s : Sesuai sangat gambaq singa ni dengan MD.. kah3..


Mujur semalam tak duty kaunter. Kalau duty kaunter, memang harus dah kena marah semua klien yang banyak songeh.. Ambil Nasywa semalam pon, rasa nak marah dengar mulut nya tak henti berceloteh itu ini.. Astaghfirullah.. Kenapa la jadi gini..

Balik kerja semalam, menyusukan Akram pun terlena, bangun semayang Maghrib, terlena semula tak sedo apa.. CM balik sekejap hantar makanan, dia pon marah. Call/whatsapp tak balas. Mane nak tau kan, ngantuk sangat. Terjaga pukul 4 semayang Isyak pon boleh terlena atas sejadah.

Ni ape kes punya teruk la.. Bawak kereta pagi tadi pun beratus kali menguap, melelong-lelong rasa bawak kereta.. Ish..ish..

Setelah lama post-mortem masa driving pagi tadi, baru teringat.. mungkin perubahan hormon. Biasa la perempuan kan.. Lepas bersalin Aus Akram, masih belum lagi datang period. Seminggu ni dok berasa sakit pinggang macam nak terkehel jek.. Berjalan pun tak berapa nak betul..

Lamaaaaa MD fikir.. Bila la agaknya last MD makan GLA Complex ek? Sejak habis tu asik lupa jek nak beli.. Macam dah 3 bulan tak ambil kut.. Padan la pun kan..

GLA Complex ni bagus tau sebab dia membetulkan hormon kita orang perempuan ni.. Tak ada la mood swing je memanjang.. Sampai anak pun dah pandai kata ---> 'ibu ni ape la garang sangat!' Amboiii.. sentap MD bila Nasywa cakap macam tu tau.. sobs sobs..




Tapi, yang lelaki, jangan ingat GLA Complex ni untuk orang perempuan je tau.. Orang lelaki pun boleh sama. Sebab, GLA ni membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan perempuan, membaiki simptom PMS macam period pain, mood swing, breast sakit, dan sebagai nya.

Gla ni juga membantu menghalang komplikasi diabetis, serta menghalang darah tinggi. Ia juga mengelakkan pembekuan darah serta merangsang peredaran darah! No wonder bila makan, wajah pun akan lebih berseri-seri tau. Sebab peredaran darah dalam tubuh lebih lancar..

GLA iaitu asid linoleik adalah sama penting seperti asid amino iaitu, tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia dengan sendirinya. Ia hanya diperolehi daripada makanan atau suplemen sahaja.

Haa.. MD kena gi beli GLA ni. Tak beli-beli dari habis hari tu lagi.. ish..

Kalau korang tak nak jadi sebahagian dari statistik singa jadian ni, elok lah sambar satu GLA Complex ni.. kalau compare harga dengan kesan yang superb, memang menang lagi kesan nya tu!

Jangan lupa, boleh whatsapp MD 013-5818283 untuk sebarang pertanyaan dan soalan..
MD

No comments:

Post a Comment