Hehe.. MD rasa syok nak cerita topik OCD pagi ni.. hihi.. Sebab nya dalam minggu ni emosi MD agak tidak stabil gara-gara OCD ni.. Siapa ada OCD macam MD, angkat tangan cepat! Syok sikit ada geng kan.. =D
Apa itu OCD?
Korang tahu tak OCD tu apa? OCD ni adalah singkatan nama kepada Obsessive-Compulsive Disorder. MD ambil penjelasan makna OCD dari wikipedia :-
Obsessive–compulsive disorder (OCD) is an anxiety disorder characterized by intrusive thoughts that produce uneasiness, apprehension, fear or worry (obsessions), repetitive behaviors aimed at reducing the associated anxiety (compulsions), or a combination of such obsessions and compulsions. Symptoms of the disorder include excessive washing or cleaning, repeated checking, extreme hoarding, preoccupation with sexual, violent or religious thoughts, relationship-related obsessions, aversion to particular numbers and nervous rituals such as opening and closing a door a certain number of times before entering or leaving a room. These symptoms are time-consuming, might result in loss of relationships with others, and often cause severe emotional and financial distress. The acts of those who have OCD may appear paranoid and potentially psychotic. However, people with OCD generally recognize their obsessions and compulsions as irrational and may become further distressed by this realization. Despite the irrational behaviour, OCD is associated with above-average intelligence.
Err.. korang paham ke? Bahasa Melayu nya secara ringkas, OCD adalah gangguan atau kebimbangan yang membuatkan penghidapnya menjadi resah, takut, bimbang, marah dan sebagainya.
Antara tanda-tanda gangguan adalah seperti membasuh berlebihan, atau membersihkan sesuatu secara berlebihan. Rasa macam tak bersih-bersih je. Atau memeriksa suis lampu tutup ke tak, tapi berulang-kali. Contohnya, MD nak berjalan jauh, sebelum turun bawah, MD dah tutup suis lampu, kipas semua lah di tingkat atas. Tapi, dek kerana bimbang yang entah ape-ape, MD boleh turun naik berulang kali untuk check, betul ke dah tutup? Haa.. gitu..
OCD ni kalau di biarkan lama atau tidak terkawal, boleh menyebabkan perhubungan dengan orang lain terjejas. Boleh menyebabkan tekanan emosi dan masalah kewangan yang teruk kata wikipedia. MD cuba merelate dengan keadaan MD, rasa nya macam ada kaitan je.. jadi tekanan emosi pulak.. haha.. Orang OCD ni, kalau keterlaluan boleh menjadi paranoid atau psikotik! Hoish.. psikotik lak dah. MD bukan psikotik ok..
Tapi, biasa nya orang OCD ni tak sedar pun dia ada masalah ni..
MD dulu, tak tahu pon ada masalah ni.. MD suka atur penyangkut baju ikut warna, atau susun baju dalam almari ikut warna. Lipat baju mesti ada besar kecik nya.. Sama teratur. MD rasa tu cuma sekadar suka tengok keadaan teratur..
Sampai lah bila dah kawen, MD mula rasa stress bila ada perkara-perkara yang CM buat, berbeza dengan kebiasaan yang MD buat.. Sangkut baju entah mana-mana asal dan je ke, basuh pinggan, tak atur ikut jenis nya atas rak pinggan, dan sebagainya.. MD selalu mengadu dengan mama. Mama kata sabar.. Buat mana yang larat. Tak larat, buat tak nampak. Kalau tak nanti penat sendiri.. Orang lain tak de pape hal pun.
Sehingga satu hari, MD nampak topik pasal OCD ni di bincangkan dalam satu group di FB.. Baru lah MD tahu, MD pun ada masalah OCD ni..
Apa yang menyebabkan OCD?
Punca-punca OCD tidak diketahui, walaupun terdapat beberapa teori, seperti teori biologi, seperti tahap rendah serotonin dalam otak dan teori psikologi, seperti pengalaman trauma atau tekanan awal yang membawa kepada tindak balas tingkah laku menyumbang kepada kebimbangan dari masa ke masa. Faktor genetik juga boleh memainkan peranan, tetapi tak satu pun teori setakat ini menjelaskan OCD sepenuhnya.
Bagaimana menangani OCD?
Ada beberapa rawatan untuk OCD termasuk psikoterapi (CBT - Cognitive Behavioural Therapy) iaitu rangsangan otak yang mendalam dan juga ubat-ubatan. CBT adalah rawatan yang terbukti berkesan untuk individu dengan OCD. Manakala anti-depresi adalah ubat yang paling biasa yang ditetapkan untuk OCD.
Tu kalau teruk sangat la.. Yang dah sampai mengganggu urusan seharian dek kerana masalah OCD dia ni..
Tapi kalau yang masih mild, MD rasa masih boleh control lagi tu, sila lah control..
Macam MD, apa yang MD buat adalah ---> amalkan konsep 'kalau larat buat, tak larat pejam mata'. Sebab MD tak nak stress pada benda yang tak perlu. Letih kot. Lama-lama sok gila sorang-sorang!
La ni, mungkin Allah nak uji kadang-kadang konsep 'larat buat, tak larat pejam mata' tu kan, anak-anak dara sangat suka buat sepah 1 rumah. Pernah sekali Tok nya datang rumah, Tok nya kemas sampah-sarap mainan depa bertaboq merata rumah depa buat, Nasywa boleh cakap "ape Tok kemas-kemas? Biar la sipah-sipah" .. T.T nangis oiii ku dengor nya.. Dia tak tau ibu dia ni tengok dia kecik beso kecik beso je kan.. haha...
Alhamdulillah, banyak kurang nya dah sekarang.. Boleh handle lagi perasaan, buat tak tahu bila rumah bersepah. Tapi, datang stress bila orang nak mai umah tak habaq. Tapi, bab baju-baju, biar lah tinggi gunung pun, jangan tolong lipatkan. Sebab bila cara lipatan tak sama macam yang kita buat, rasa nak marah pulak..
Lagi satu, dapoq. Biar la MD masak sebulan pun belum tentu sekali, tapi, rasa macam pantang orang tak susun atur perkakas dapur macam yang kita susun atur.. Sebab tu bila Mak mertua mai rumah, or MD balik Selama, MD tak masuk dapur tolong dia masak. Sebab pertama, MD alergi sabun. Kedua, MD tak reti masak. Ketiga, MD tak bolehhhh, sat lagi kecik ati lak mak nanti bila MD ubah-ubah depan dia.. hehe.. Tak tahu la Mak Mertua ku perasan ke tak.. Ampun kan menantu mu ini...
Sebelum MD tutup tirai, nak belanja satu video.. nak reda kan rasa stress dan letih.. tah ape yang di letihkan pun tak tau.. Lempang sedas mau x MD? Korang kalau tak nak MD stress, tengok video ni cepat. =D Akak kat bawah ni haid dia tak teratur buatkan dia selalu emo. Suami dia pun bingung nak layan angin puting beliung nya.. Tapi emo sebab haid tak teratur bukan salah satu simptom OCD ye.. haha
Daaa... Mau makan lunch. Nak beli suplemen Shaklee contact MD tau..
No comments:
Post a Comment