Pages

Thursday, 26 February 2015

Masalah Gout dan Jalan Penyelesaiannya

Assalamualaikum..

Seringkali kita dengar tentang masalah gout ni kan..? Tapi apa dia masalah gout ni? Ada tak jalan penyelesaian yang boleh diambil atau pesakit terpaksa menderita buat selama-lamanya? Teruskan pembacaan anda supaya dapat lebih memahami isu masalah gout dan jalan penyelesaiannya.


Mama MD sering mengingatkan kami adik-beradik tentang penyakit-penyakit keturunan yang ada dalam family kedua-dua belah mama dan papa. Salah satu antaranya adalah GOUT ini. Mama MD pun mula diserang penyakit gout ini waktu umurnya 66 tahun itu pun setelah menjaga pemakanan dan lifestylenya. Itu pun MD dah rasa macam ngeri jek.. Apatah lagi penghidapnya...

Apa itu Gout?




Penyakit gout merupakan penyakit yang selalunya dihidapi oleh lelaki. Walau bagaimanapun, perempuan yang sudah putus haid atau pun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini. Namun, risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki.

Penyakit Gout biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu :-

  • Asid urik berlebihan dalam badan 
  • Asid urik yang tidak dibuang dengan baik dari dalam badan
Asid urik yang berlebihan ini akan menyebabkan pembenbentukan jarum-jarum kristal pada sendi-sendi dan ianya menyebabkan kesakitan. Jarum-jarum kristal ini mungkin juga akan terbentuk di tempat lain dalam badan seperti contoh batu karang dalam buah pinggang.

Asid urik yang berlebihan ini juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, makan makanan kaya dengan purin, obesiti, pengambilan alkohol berlebihan, masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin.

Apa itu Asid Urik? 




Asid urik adalah bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.                                                                                                                                                                                                                                          

 Tanda sakit Gout.  


Antara tanda yang menunjukkan anda mungkin penghidap penyakit gout ini ialah, anda terasa sakit di sendi-sendi terutamanya pada sendi ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki. Sendi itu akan sakit apabila disentuh, membengkak kemerahan dan mungkin diikuti demam serta menggigil akibat daripada kesakitan yang teruk.

Anda harus alert dengan tanda-tanda seperti berikut..:-


  • Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki
  • Sendi yang membengkak, kaku atau susah digerakkan serta menjadi panas dan merah. Apabila disentuh, ianya menyebabkan pesakit kesakitan dan boleh menjadi demam
  • Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur
  • Kesakitan mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


Tapi, serangan gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba-tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Namun begitu, dalam keadaan tertentu serangan gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol, kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.

Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam. Dan ini mungkin akan berlaku selama seminggu atau dua minggu dan kemudiannya rasa sakit itu akan berhenti dengan sendirinya. Tetapi ini bukan bermakna anda sudah sembuh ya..

Jika penyakit gout tidak diubati atau di kawal, ia mungkin akan kembali menyerang. Auchh! Lebih menakutkan ialah, serangan yang kerap pada bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya.

Anda boleh mendapatkan rawatan gout ini di hospital atau melalui kaedah alternatif yang lain.

Cara Merawat Gout


Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh. Namun begitu anda harus mengambil langkah untuk mengatasinya.

Rawatan Jangka Pendek


  • Perkara pertama ialah merehatkan sendi semasa serangan gout. Kurangkan pergerakan anda.


  • Mendapatkan rawatan di hospital dan klinik. Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Tetapi, jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.


  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)


  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor). Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.


  • Minum banyak air dan mengamalkan cara hidup sihat.


  • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

Rawatan Jangka Panjang


Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, maka, anda MESTI mengelak atau mengurangkan dari mengambil pemakanan yang menjadi faktor kepada pertambahan paras asid urik.

Di bawah ini MD senaraikan contoh makanan yang kaya dengan purin:


  1. Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  2. Ikan bilis, kembung, sardin
  3. Daging cincang
  4. Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  5. Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  6. Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  7. Kekacang
  8. Poultry
  9. Roti jagung dan bijirin

Adalah penting juga supaya anda menjaga berat badan kerana kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan. Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal. Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubung kait dengan gout

Set Gout Shaklee


Selain daripada mendapatkan rawatan dari doktor yang bertauliah, anda boleh juge mencuba ambil Set Gout Shaklee ni sebagai rawatan alternatif selain steroid..


Alfalfa Complex : Berfungsi sebagai penyahtoksin dalam tubuh secara selamat dan semulajadi. Ia juga membantu menyingkirkan asid urik dalam tubuh badan kita secara lembut.

OmegaGuard : Berfungsi untuk mengelakkan atau melegakan keradangan (rasa tidak selesa) pada sendi yang membengkak.

Performance Drink : Memastikan kandungan air dalam badan mencukupi.


Testimoni





KISAH BENAR 
----------------------
[AYAHKU PENDERITA GOUT 20 TAHUN..…]

Kisah bermula ketika saya berumur 12 tahun.Ayah bawa saya ke Sunway Lagoon.Bukan main sukanya hati ni dapat berjimba-jimba disana bersama kakak saya.
Sedang bersukaria, tiba-tiba ayah mengerang kesakitan.katanya kakinya amat sakit.nak bangun pun tak boleh.ibu mula resah.saya apatah lagi.macam-macam yang terlintas di kepala waktu itu.
“Kenapa ayah tiba-tiba jadi begini?”
“Adakah ayah lumpuh?”
Astagfirullah…susahnya hati saya masa itu.Terbantut nak bersukaria.Hari yang gembira bertukar menjadi duka.Ayah ditolak dengan “wheel chair” ke kereta.Dan ibu terus memandu kereta menuju ke klinik berhampiran.Ayah diberi Pill Killer.
Sehingga kini umur saya 30 tahun.
Ayah masih makan pill killer setiap kali gout menyerang.Dah jadi macam gula-gula.Goutnye kerap bertandang.Sekarang makin teruk.Bengkak-bengkak di tumit dan juga di tangan.Bukan bengkak biasa.Siap bernanah besar-besar pula tu.Naik seram saya tengok. Dalam hati…bilakah semua ini akan berakhir.
Saya simpati ayah jalan henjut-henjut.
Saya sedih ayah solat tidak dapat duduk dengan betul ketika tahyat awal mahupun akhir.
Saya nangis belakang pintu lihat ayah terbaring mengerang sakit atas katil ketika mana dia tak kuat untuk berjalan.
Hanya doa yang mampu saya panjatkan.Doa yang tanpa usaha.
Ustaz masa sekolah cakap…Doa tanpa usaha adalah SIA-SIA.tetapi ituje yang saya mampu.
Sedih.
1 hari..tergerak hati saya untuk berikan ayah OMEGA dan ALFAFA Shaklee.Saya ada terbaca yang Omega mampu mengurangkan radang sendi dan juga kesakitan.Manakala Alfafa mampu meneutralkan uric acid kepada alkali.wahh menarik!!teruja saya nak berikan kepada ayah saya.Saya beri pada ayah dan tulis besar-besar pada botol.tiba waktu makan,saya SMS ayah.
“Ayah dah makan OMEGA?”
“Dah makan ALAFA?”
Begitulah bersungguhnya saya inginkan ayah sihat.Ayah saya patuh dan konsisten menelan 2 supplemen ini.
Sambil saya tak henti-henti berdoa moga inilah usaha terbaik untuk ayah saya.



Hari yang cerah.Ayah baru pulang dari cek up di hospital.Wajahnya girang dan berseri.
Dihulurkan sehelai kertas kepada saya.
“Kertas apa ni?”
Masyallah!!terkejut saya lihat bacaan uric asid ayah saya berada di paras NORMAL!!!
Ya Allah..bergenang air mata saya.
“Dah 20 tahun…ayah tak pernah pun dapat bacaan uric asid NORMAL.Doktor pun terkejut.Bagus ye Shaklee “ kata ayah
Dah setahun ayah bersama Shaklee…saya asyik intai je kakinya.tiada lagi bengkak…tiada jalan hinjut-hinjut…tiada nanah besar-besar.
Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…
Hati anak mana yang tak gembira pabila ayah tersayang kembali ceria menjalankan kehidupan…
Terima kasih Allah…..

~ Puan Siera Haiyi, Ipoh ~





Seronok kan bila insan kesayangan kita kembali pulih dari menderita sakit Gout ni.. So, lepas ni kalau ada rakan, saudara mara atau keluarga terapat kita yang menderita Gout, boleh la tunjukkan artikel MD ni dan beli atau hadiah kan sekali Set Gout ini. Kat mana nak dapatkan Set Gout ini? Boleh Whatsapp MD segera..

Akhir kata, sama-sama kita jaga lifestyle kita. Amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Untuk kesejahteraan di masa hadapan..
MD

No comments:

Post a Comment