Thursday, 22 January 2015

Maaf. Permohonan tukar anda tidak berjaya!

Assalamualaikum..

Alkisahnya... hari ni MD kecewa sangat.. Sebab nya dok tunggu-tunggu jawapan permohonan tukar tahun lepas. Tapi, dapat jawapan --> Maaf. Permohonan tukar anda tidak berjaya!





Isnin lepas, MD ambil EL sebab masih berada di kampung. Cadang nya nak ambil Mykid Akram. Hati MD happy sangat. Tak tahu lah kenapa. Maybe sebab balik kampung kan..

Esok datang kerja, diorang di office semua tanya, dah dapat tukar PKMD Kulim kah? MD dah cuak. Sebab nya diorang kata KOMTAR call SPS, tanya siapa yang pindah. Sebab nya ada staff dari SPU dapat tukar SPS. Masing-masing bajet MD lah kan yang dapat tukar Kulim.

MD ni hati dah berbunga-bunga lah. Perasan syok sendiri kot memang berita tu betul kan. Lega banyak lah kalau dapat tukar Kulim. Letih kot nak berulang jauh. Paling kesian pada anak lah kena ikut MD hari-hari pegi Tadika Menara Gading tu. Kita yang dewasa pun letih, apa lagi anak kecil.

MD semangat call JKMM di Putrajaya bertanya. Yang kawan opis pun bagi no Pengarah bahagian Sumber Manusia ni! Haha.. Dia kata nak call semula setelah check.

1 hari berlalu.... Tak ada pun depa call. MD sampai pi toiet pun bawak hp. Punya la risau diorang call tak ada siapa pick up.

Esok nya MD call semula. Bercakap dengan CC. CC transfer pada kerani yang handle. Kata nya, maaf puan. Permohonan tukar puan tidak berjaya! Sebab Kulim tak ada kosong! Allah.. Hampa nya rasa hati. MD tanya, tak ada ke perjawatan baru ke, or budi bicara pada kami staff yang terpaksa berulang jauh ni. Ulang kali MD kata, kesian pada anak-anak saya. Kena travel jauh.. Sampai terlena tersengguk. Tiap kali lampu isyarat dia bangun, ingatkan dah sampai..

Kata kerani tu, 'Puan cari lah rumah di Jawi.' Allah.. Jawab MD, 'Saya dah beli rumah dah di Kulim'. 'Alaa.. puan sewa kan rumah di Kulim, Puan pindah dok di Jawi!' Eh... budak ni cakap pakai otak ke tak? Haa.. kan dah MD marah. MD pun nak elak dari berlawan cakap yang menyakitkan hati, so cepat-cepat matikan panggilan.

So, kita duduk lah berkhidmat untuk setahun lagi di SPS. Hujung tahun ni kita try apply lagi. Kalau susah sangat, MD ingat nak keluar dari JKM je. Susah jugak nak dapat? Berhenti kerja, full time buat Shaklee saja lah!

Jadi nya, MD pun tak dapat tukar, yang staff dapat tukar tu pun Pengarah JKMNPP kata dok la di SPU tu sebab SPS tak ada kosong..!! Sabar je lah..

Take it positif. Mungkin ada hikmah yang MD tak tahu kenapa Allah aturkan sebegitu rupa. Mungkin nak suruh luangkan lebih masa dengan Nasywa kot.. Sebab most of the time ibu melayan adik-adik je..

Sabar lah wahai hati..
MD

No comments:

Post a Comment