Assalamualaikum...
Diam tak diam, dah nak hampir dua tahun MD buat bisness Shaklee ni. Tarikh MD daftar sebagai ahli adalah pada 11-09-2012. Lagi sehari dua je lagi untuk genap 2 tahun. Dalam masa 2 tahun ni, banyak sangat-sangat Shaklee Effect yang MD dapat hasil dari buat Shaklee. Saja nak share dengan korang cerita Shaklee Effect MD.
1 - Pendapatan sampingan
Mula-mula dulu, MD memang berhajat nak cari pendapatan sampingan. Maklum lah masa tu anak dah masuk dua. Kos makin meningkat. MD boleh je harapkan suami, tapi rasa kesian jugak kalau semua benda harapkan dia. Hidup berumah-tangga perlukan tolak ansur. Jangan pentingkan diri sangat. Niat MD mula-mula dulu, nak bantu suami. Sekurang-kurangnya lega la sikit duit pampers dan susu anak-anak. Boleh juga belikan baju baru anak-anak. MD sendiri pun, boleh juga beli kain baju baru untuk diri sendiri.
Rasa syukur sangat sebab tidak menyusahkan suami sangat. Kadang-kadang tu mintak juga pada suami.. Sekadar supaya dia tidak lupa tanggungjawab dia. Tapi selebihnya, MD banyak survive dengan duit buat Shaklee ni sehingga ke hari ni.
2 - Belanja keluarga bercuti
MD naik Supervisor (rank kedua dalam Shaklee) bulan 12, 2012. Insentif naik rank sebanyak RM368 tu MD terima bulan Januari, 2013. buat sebagai booking chalet Salak Denai di Yan untuk percutian family sebelah MD. MD ada blog kan tentang percutian tu di sini.. Gara-gara entry tu jugak lah ramai yang call MD ingatkan MD tokey Salak Denai.. hihi.. Memang happy tak terkata sebab dapat berkongsi kegembiraan dengan family.
MD ingat lagi, insentif naik rank ketiga Shaklee iaitu Senior Supervisor pulak, MD buat belanja suami dan anak-anak masuk Aquaria, KLCC. Tapi entah di entry mana lah MD blog kan. Tak jumpa cari. Nanti bila dah jumpa, MD update lain.
Banyak juga yang MD blog kan sebelum ni, bawak keluarga jalan-jalan, tidur hotel, ke Toy Museum Penang dan macam-macam lagi.. Semua tu dengan bonus Shaklee. Tapi tak jumpa pulak link nya.. hihi
3 - Bawa anak-anak berjalan-jalan
Alhamdulillah.. part ni memang MD happy. Suami selalu kerja. Waktu kerja tak menentu. Kadang sabtu ahad orang cuti, dia kerja. So, kalau tak ada apa nak buat, MD bawak anak-anak jalan-jalan ke Tesco atau Giant Kulim. Selalunya Tesco lah sebab tak begitu sesak dan boleh sumbat semua dalam troley tu je.. hihi..
Bila dah berjalan tu, faham saja lah, nak makan nya, nak beli dan belah nya.. Kalau harap duit gaji semata-mata, memang keras duduk rumah saja.
4 - Rantai Tangan baru dengan Car Bonus Shaklee yang pertama
MD dapat Car Bonus yang pertama adalah pada Disember 2013. Sebagai kenang-kenangan, MD beli sebagai reward pada diri sendiri, rantai tangan baru. Untuk ingatan betapa MD berhempas-pulas untuk melayakkan diri dapat Car Bonus tu. Sangat manis rasanya.
5 - National Conference Qualifiers
Ini memang kenangan manis sangat pada MD. Merasa untuk join NC dan percutian 5 star yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee. MD ada blog kan di sini, sini, sini, dan sini. Jemput klik untuk baca pengalaman MD ye.
6 - Kesihatan Yang Lebih Baik
Alhamdulillah.. Allah beri nikmat kesihatan yang lebih baik kepada keluarga MD. Anak-anak pun jarang sakit. Kurang sembelitnya. Cergas dan cerdas. Diri sendiri pun bertenaga untuk jadi Supermom. Suami pun dah jarang letih-letih sengal badan segala.. Alhamdulillah. Bersyukur sangat pada Allah sebab bagi nikmat kesihatan yang baik dan Shaklee sebagai penyebab sahaja.. =)
7 - Hubungan Dengan Yang Maha Esa
Sebelum berShaklee, rasa macam tahap kebergantungan pada Allah agak kurang. Bila susah, bila sedih, bila kecewa, baru la ingat nak munajat lebih. Tapi, bila berada di bawah susur-galur Jutawan, semua tu berbeza. Leader-leader yang humble. Walaupun masing-masing dah jadi Jutawan, tapi, simple. Apa yang diorang terap kan, apa yang diorang amalkan. Rasa malu dengan diri sendiri. Sejak tu, banyak dah perubahan dalam diri. Belum cukup sempurna tapi cuba yang terbaik untuk menjadi hamba-Nya yang sempurna. Bukan sahaja dunia, tapi di akhirat juga.
8 - Perubahan Pemikiran
MD akui, dulu MD ni kurang kesabaran, kurang nak memikir buruk dan baik sesuatu perbuatan dan sebagainya. Kadang-kadang melepaskan kemarahan dan sebagainya di muka buku. Entah apa-apa la yang orang fikir pasal MD.. hihi..
Tapi, sejak berShaklee, MD di ajar untuk lebih bersabar dan lebih rasional dalam sesuatu perkara. Sharing benda yang baik-baik, yang bermanfaat. Yang tak pasti, yang memudaratkan, yang menyesakkan kepala dan jiwa tu semua tinggal tepi, dan adu pada Yang Maha Mendengar.
9 - Membantu Orang Lain Rasa Shaklee Effect!!
MD happy bila dapat membantu orang lain sama dalam merasai Shaklee Effect yang MD terima sekarang ni. Terutama dari segi kesihatan.
Dari segi kewangan, dah ramai anak cucu yang dapat sentuhan MD. Alhamdulillah.. MD cuma bantu sedikit, selebihnya tuan punya diri yang kena push lebih lagi!
10 - Bayi Shaklee
Akhir sekali, suka MD nak beritahu.. bayi yang dikandung sekarang ini, yang menanti hari untuk dilahirkan ni, adalah Shaklee Effect yang paling bermakna. Dari proses membuat, mengandungkan sehingga melahirkan kelak, dia sepenuhnya dengan Shaklee. Banyak beza kandungan kali ini dengan kandungan sebelumnya. Kandungan kali ini, baru beberapa kali kena tarik mengkarung.. Tak pernah lagi sakit gigi.. Tak ada sembelit.. Alhamdulillah..
Rasa nya cukup 10 dulu Shaklee Effect yang berlaku dalam diri MD. MD masih belum puas lagi sebenarnya. Masih mengejar lagi Shaklee Effect yang lain! Mengejar rank yang keempat pulak. Even perjalanan masih jauh, tapi MD sangat positif perkara tu akan berlaku. MD juga sedang berusaha untuk 5 figure income. Sebab janji dengan suami, bila sudah 5 figure income, MD bebas untuk berhenti kerja dan jaga anak-anak..
Doakan MD ya kawan-kawan semua. Doakan supaya MD dapat naik rank 'Coordinator' dan tercapai target 5 figure income. Doakan juga MD bersalin esok dengan selamat. hihi.. Sebenarnya masih tak ada tanda lagi, tapi mana lah tahu berkat doa kawan-kawan, esok bersalin kan.. Dah tak sabar sangat nak tengok Shaklee baby ni..
No comments:
Post a Comment