- Credit : FB Master Zura Betty - |
Balik kerja tadi saya berkesempatan untuk tengok update newsfeed FB.. Terpandangkan status Master Zura Betty.. Yang membuatkan saya tersenyum..
Dulu saya adalah pembeli.. Sepeti kebanyakan kita.. Selalu jugak saya baca status2 yg seakan2 ini. Dulu memang buat tak tahu.
Tapi sejak diri sendiri terjun dalam dunia business secara kecil-kecilan ni saya dah faham kenapa kadang ada seller yang 'meroyan'.. Memang pembeli ada hak untuk survey harga. Saya x nafikan. Saya juga begitu, survey harga barang yang saya mahu beli. Kadang2 walaupun mahal tp seller tu bagus, saya x berkira sangat untuk bayar lebih.. Saya anggap itu rezeki dia..
Sebagai seller pun ada hak juga.. Saya bagi contoh business Shaklee. Sebab ini saja yang saya buat. Hehe..
Shaklee dah tetapkan harga ahli, dan harga jualan. Selagi anda tidak jual harga di bawah ahli, dan lebih dari harga jualan yang ditetapkan, should be no problem lah kan.. Tapi ada buyer yang suka dok survey harga (mungkin nak test luck kot2 seller ni bagi harga murah gila).. Si Seller ni pulak mungkin desperate memikirkan nak kejar sales sanggup 'pejam mata' bagi harga x masuk akal.. Ujung2 saya pun x paham apa yang seller tu dapat?
Ada seller pulak baik hati. Menggunakan 'win2 situation'. Aku bagi harga ahli kat ko, caj pos n ko bagi point kat aku.. Tapi buyer ni kijam sungguh.. Selagi boleh nak-nak jugak free postage. Free gift.. Seller ni serba-salah lagi.. Mungkin return customer kot kan.. Bagi jugak la.. 'Pejam mata' lagi... Eh, mana untung nya?
Jangan lah kejam sangat.. Orang2 berniaga ni bukan suka-suka berniaga x de hala tuju.. X kisah lah apa bentuk perniagaan yang dilakukan pun. Tapi ada tujuan. Mencari rezeki untuk keluarga. Meneruskan kelangsungan hidup. Dan sebagainya.. Tapi bile ade buyer menekan, dah jadi keterpaksaan pula seller ni menjual.. Perumpamaan nya seperti asal kan habis barang, jadi lah..
Haish.. jauh kan lah saya daripada menjadi penjual dan pembeli yang zalim..
Published with Blogger-droid v2.0.10
No comments:
Post a Comment