Thursday, 17 January 2013

Nasywa Sudah 2 Tahun!

Hari ni genap umur anak sulung saya - Nasywa 2 tahun... Sungguh, saya rasa kan seperti baru semalam saya melahirkan dia.. Moment melahirkan dia sangat indah untuk dikenang.. 17/1/11 jam 6.14pm @ Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.. Disaksikan oleh CM. CM menangis bila anak sulungnya keluar... Nak pulak tengok depan mata.. Hihi..

Fresh from oven.

Dia lah pengarang jantung saya selepas ayah dan adiknya. Dia lah yang menceriakan suasana dengan gelak tawanya. Membesarkannya sangat mudah. She is a happy baby. Sungguh aku bersyukur, dalam pada saya masih menyesuaikan diri dengan life baru, dia memberikan 'kerjasama' yang tiada tolok bandingnya.. Menjadikan kerja saya mudah.. Dia jarang menangis.. Dia mudah mesra dengan orang.. Dia juga jarang sakit..

Pada umur 10 bulan, dia mendapat khabar bakal menerima adik.. Sepanjang tempoh 9 bulan itu, dia berkelakuan sangat baik.. Dia belajar berdikari dengan cepat.. 

Hari ni, genap 2 tahun, dia lah kawan saya.. Bergaduh bersama.. Menangis bersama.. Bila saya nangis, dia lah yang menyapu air mata sambil cakap "sian ibu"...hahaha..

Kakak, jadi anak yang solehah, yang dengar cakap ibu ayah, yang bijak... Doa ibu & ayah sentiasa mengiringi hidup kakak..

Bam bam

Baru belajar meniarap..

  
Harijadi pertamanya.. 17 Januari 2011

Hari kenduri Mak Da sebelah Uncle Jani..

Manja ibu

Anak ayah


tak sempat nak tunggu sampai rumah =.='

Pantang tengok camera..

Langkah pertamanya..




Always happy..

Dia memang istimewa di mata saya dengan cara nya sendiri...

Selamat Hari Jadi Kakak.. Ibu ngan Ayah sayang kakak sangat..

Hanni

No comments:

Post a Comment