Pages

Thursday, 19 April 2018

DiaryCikAnie ~ Sabar Lah Duhai Hati

Bismillah..

Assalamualaikum..

Salam Jumaat korangs. Lama Cik Anie tak menulis. Kesibukan dengan kerja hakiki. Balik rumah pula, semua menuntut perhatian dari ibu. Hampir tiada masa untuk diri sendiri.

Banyak benda yang jadi dalam kehidupan Cik Anie sejak akhir² ni. Samada pada diri sendiri mahu pun pada orang² terdekat dengan Cik Anie. Mungkin apa yang terjadi tu, terjadi pada waktu yang salah (perubahan hormon dalam diri) maka ianya sangat² terkesan pada diri Cik Anie.

Jadi orang perempuan ni, jangan terlampau bergantung pada orang lain. Belajar berdikari. Sebab bila terlampau bergantung, kamu jadi tak tahu untuk bangkit semula bila jatuh. Tak tahu nak cari kekuatan diri. Tak tahu bagaimana urus emosi.

Berbunyi seperti ego? Mungkin. Supaya jangan sewenang² diri tu di perkotak katikkan. Supaya diri awak kuat bila mana orang ambil kesempatan menuduh dan sebagainya.

Hati kita, Allah saja yang tahu. Tak perlu nak jerit bagitahu bila tiada yang mahu mendengar. Simpan saja semua rasa pada diri sendiri.

Diam. Diam saja. Diam bukan bererti lemah. Diam mungkin untuk mengelak lebih banyak sengketa. Diam mungkin untuk menjaga hati sendiri juga. Diam sebab sayang. Tapi kalau ada yang salah erti bila awak berdiam, abaikan saja. Dia belum cukup mengenali kamu.

Cari income sendiri. Cari duit sendiri. Sebab bila awak tak ada apa, di mata mereka juga awak bukan sesiapa.

Jangan jatuh lama². Bangun. Cari kekuatan diri. Pedulikan pada yang tidak menghargai. Jaga diri sendiri. Jaga hati sendiri.

InsyaAllah, bahagia tu akan datang juga nanti.

Sabar lah duhai hati..
MD

Monday, 9 April 2018

DiaryCikAnie ~ Program Kulim Sihat Sejahtera

Bismillah..

Assalamualaikum..

Hari ni Cik Anie ada program Kulim Sihat Sejahtera di Dewan Perpaduan Kulim. Anjuran Pejabat Daerah Tanah Kulim, Puspanita Kulim dan Hospital Kulim.

Sebab bos kata boleh kira kursus, maka laju² Cik Anie bagi nama.. kui³. Habis awai tak kalut..


Syok sebab ada pemeriksaan kesihatan percuma. Siap check % lemak dalam badan haa.. n opkos la doktor kata mohon kurang lagi 4-5 kilo plizz.. 😂😂


So far darah ok, gula ok. Depa check tanda breast cancer ade ke x (Alhamdulillah ok), ujian papsmear, kesihatan mental (syukur Alhamdulillah masih waras normal lagi), kaunseling, penerangan tentang kanser usus besar, dan bahaya merokok.

Cakap pasal merokok ni, doktor tadi tanya, ada tak orang terdekat yang merokok.. opkos la ada kann.. Sembang nak berhenti merokok tu tak tau la bila keajaiban boleh berlaku. Menyampah Cik Anie.


Haa.. bercakap pasal rokok ni, Cik Anie sampai kan apa yang doktor beritahu, kot² ada yang tak tahu, Hospital Kulim ada Klinik Berhenti Merokok. So kalau perokok² tegar ni MAHU berhenti merokok sendiri, boleh lah ke klinik ini dan dapatkan rawatan. Cik Anie tak mau suruh, tak mau larang dah 😑


Yang tak ok pada Cik Anie adalah sebab HB low (12.1), so tak boleh derma darah.. keciwa kome.. Mebi sebab semalam puasa kot (pujuk hati)..

Anyway, jaga kesihatan uolls. Ambil suplemen, (spesifik lagi Shaklee.. hihi) untuk tahap kesihatan yang lebih baik. Amalkan pemakanan yang sihat, cara hidup yang sihat, berhenti merokok, bersenam supaya tahap kesihatan kita akan lebih baik. Bukan untuk orang lain je tapi diri sendiri yang paling penting.

MD

Friday, 6 April 2018

DiaryCikAnie ~ Cinch Tea Mix

Bismillah..

Assalamualaikum..

Hari ni Cik Anie anak beranak makan awal. Sebelum 6.30 petang meja makan dah clear. Budak-budak pun kenyang dah.

So kita pun ambil kesempatan bancuh Cinch Tea Mix. Tambah madu. Tambah lemon.


Nyaman nya rasa tekak minum panas-panas. Sambil melayan whatsapp customer.

Walaupun terperuk di meja makan, tapi perasaan nya tu seolah sedang duduk santai² di tepi pantai gittew. Hihi..

Have a wonderful weekend gaiss.. Take care.
MD

Monday, 2 April 2018

YOUTH memang sangat WOW!

Bismillah..

Assalamualaikum..

Hai korangs.. hihi.. Mood ada happy ini hari.. Semua sebab Youth tau.. Kesan sangat WOW! Puas hati sangat.


Actually, Cik Anie baru start guna Youth 25 Mac 2018 yang lepas. Fikir panjang masa nak beli hari tu. Sebab ye lah. Harga pun boleh tahan juga kan kalau full set. Sejenis kedekut gitu.. haha..


Tapi since Cik Anie ada buat kutu Youth, so Cik Anie gunakan kesempatan tu untuk pejam mata dan beli saja. Lagi pun, produk penjagaan kulit ni memang 100% semulajadi. Bebas dari bahan kimia yang berbahaya.

Cik Anie ni mungkin dalam gambar nampak flawless. Tapi realitinya tidak begitu flawless. Ada masalah lingkaran hitam, eyebag, garis-garis kedutan sudah mula kelihatan di bahagian mata terutamanya (apa kau fikir umur kau 25 tahun Cik Anie?!).. Lepas tu ada jeragat. Bahagian T-zon berminyak, pipi pula kering. Bekerja pula most of the time di bawah aircond.

Dan rutin penjagaan wajah pula sejak keputusan Nutriwhite jadi tidak begitu disiplin. Mekap pula sebab nak tutup cela di muka. Bergambar pula, tak mahu dekat-dekat kamera. Hihi..

Tapi as a normal person, tipu la kan kalau tak risau. Siapa tak nak kulit cantik kan.

Eh panjang nya mukadimah dia. Haha.. Korang kena imagine Cik Anie bercerita ala-ala makcik bawang gitu..

So pendek cerita, selepas seminggu, saja bertanya pada seseorang, ada beza tak kulit wajah Cik Anie? Beliau kata ada. Nampak kulit lebih licin banding dulu. Licin?! Mungkin beliau maksud kan flawless kot.. haha..

Dan after 1 week, Cik Anie menyedari, jeragat di pipi kanan sudah makin pudar. Rasa nak meloncat uii.. Kita tunggu pulak lepas sebulan nanti tengok macam mana.

Cik Anie compile kan semua gambar selfie dalam satu album bagi tujuan perbandingan sebelum dan selepas. Selepas sebulan Cik Anie akan tunjuk pada korang.

Till then, korang jaga diri. Nak join kutu Youth bagitahu ya. xoxo.
MD